Victor Osimhen
Victor Osimhen

Victor Osimhen

Victor James Osimhen (lahir 29 Disember 1998) ialah pemain bola sepak profesional Nigeria yang bermain sebagai penyerang untuk kelab Serie A, Napoli dan pasukan kebangsaan Nigeria. Dianggap sebagai salah seorang penyerang terbaik di dunia, dia terkenal dengan kelajuan, kekuatan dan atletiknya.[3][4][5][6]Dilahirkan di Nigeria, Osimhen memulakan kerjaya seniornya di Jerman bersama VfL Wolfsburg pada tahun 2017.[7] Selepas satu setengah musim di kelab itu, dia berpindah ke kelab Belgium, Charleroi secara pinjaman pada 2018–19, sebelum berpindah ke Ligue 1 bersama Lille, menjaringkan lapan belas gol dalam musim tunggalnya bersama kelab Perancis itu.Pada 2020, Osimhen berpindah ke pasukan Serie A, Napoli dengan bayaran rekod kelab sebanyak €70 juta, dan memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik Serie A pada musim 2021–22. Di musim berikutnya, dia mengakhiri liga sebagai penjaring terbanyak liga dengan 26 gol, rekod tertinggi untuk pemain Afrika, lalu membantu Napoli memenangi gelaran Serie A pertama selama 33 tahun. Atas usahanya, dia memenangi anugerah Penyerang Terbaik liga, sebelum turut dinobatkan sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Serie A beberapa bulan kemudian. Osimhen kini merupakan pemain Afrika yang mempunyai jumlah gol terbanyak dalam sejarah Serie A.[8][9]Osimhen memenangi anugerah Kasut Emas pada Piala Dunia B-17 FIFA 2015, yang dimenangi oleh Nigeria.[10] Dia membuat penampilan sulung antarabangsa seniornya pada Jun 2017, dan bermain di Piala Negara-Negara Afrika pada 2019 dan 2023, mara ke final di kejohanan itu. Beliau kini adalah penjaring gol ketiga terbanyak sepanjang masa pasukan kebangsaan Nigeria.[11] Pada 29 Mei 2023, Osimhen telah dilantik sebagai Ahli Republik Persekutuan oleh Presiden Muhammadu Buhari.[12]Osimhen menamatkan saingan di tempat kelapan pada majlis Ballon d'Or 2023, menjadi warga Nigeria pertama yang menduduki sepuluh teratas dalam anugerah Perancis tersebut.[13] Beliau juga dinobatkan sebagai Pemain Bola Sepak Afrika Terbaik di Anugerah CAF 2023, warga Nigeria pertama yang menerima penghormatan ini sejak Nwankwo Kanu pada 1999.[14]

Rujukan

WikiPedia: Victor Osimhen https://images.cafonline.com/image/upload/caf-prd/... https://web.archive.org/web/20200713070909/https:/... https://web.archive.org/web/20230201192127/https:/... https://web.archive.org/web/20230223101443/https:/... https://web.archive.org/web/20230210191359/https:/... https://web.archive.org/web/20230210191358/https:/... https://www.worldfootball.net/player_summary/victo... https://www.90min.com/posts/the-25-best-strikers-i... https://www.goal.com/en-ng/news/osimhen-the-best-s... https://www.goal.com/en-ng/news/lukaku-osimhen-the...